Monday, March 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah tingkat kefahaman kemuliaan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Pasukan Kadet Polis Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengadakan Majlis Ceramah Ramadan Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei, bertempat di Dewan Tarbiah, KUPU SB, kelmarin Ceramah bertajuk Taddabur Bulan Ramadan: Jalan Menuju Belia Pilihan Tuhan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Profesor, Fakulti Usuluddin, KUPU SB, Dr Mikdar Rusdi dan dihadiri oleh ahli-ahli pasukan kadet polis institusi-institusi pengajian tinggi serta sekolah-sekolah menengah yang terpilih.

    Antara inti pati ceramah tersebut menyatakan bahawa bulan Ramadan merupakan peluang dan kesempatan terbaik, khasnya kepada para belia untuk memperbaiki diri dari sudut ibadat dan taqarrub kepada Allah SWT, seperti mengerjakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang.

    Sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran dan sejarah Islam, kehebatan, sumbangan dan semangat waja golongan belia muslim terdahulu dalam membela agama, bangsa dan negara boleh menjadi teladan bagi golongan belia untuk melakar tamadun serta kejayaan yang lebih gemilang.

    Justeru, para belia hari ini perlu menyerlah dari segi akhlak, ilmu, amal soleh, kebijaksanaan dan kemahiran agar dapat melakukan perubahan kepada yang lebih baik, lebih-lebih lagi dalam menuju Wawasan 2035.

    Majlis ceramah tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk menjelaskan kesempurnaan ibadah puasa kepada ahli-ahli Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei, di samping meningkatkan kefahaman akan kemuliaan bulan Ramadan.

    Dr Mikdar Rusdi menerima cenderahati daripada tetamu khas. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Tetamu khas bergambar ramai bersama ahli pasukan kadet yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda