Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah tingkat kemahiran perancangan, pengurusan

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Bagi membantu memupuk ilmu dalam menangani cabaran pada masa hadapan, sekumpulan pegawai kerajaan dan swasta telah menghadiri Hari Pembelajaran dan Pembangunan yang diadakan di Pejabat Perkhidmatan Pendidikan CfBT, Kiarong, kelmarin.

    Acara tersebut merangkumi beberapa sesi ceramah berkaitan pelbagai aspek pembangunan perniagaan dan kerja, termasuk cara mengurus program orientasi yang berjaya hingga ke perkongsian cerita peribadi tentang apa yang mendorong seseorang untuk bekerja dengan begitu cemerlang.

    Perbincangan tersebut diakhiri dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CfBT, Dr Louise Pagden, yang turut menekankan tatacara merancang untuk masa depan.

    Antara yang hadir ke acara di CfBT, Kiarong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN CfBT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda