Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cerezo Osaka juara Piala Emperor

    TOKYO, 1 Jan – Cerezo Osaka merangkul gelaran domestike kedua musim ini selepas menewaskan Yokohama F-Marinos 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Emperor hari ini.

    Pemain tengah Cerezo, Kota Mizunuma menjaringkan gol dramatik pada saat kecederaan selepas Kazuya Yamamura berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

    Pengurus Cerezo, Yoon Jong-Hwan berkata para pemain tidak berputus asa sekali gus mendapat keputusan yang baik.

    “Saya berpuas hati dengan para pemain yang meningkat dengan cepatnya dalam masa setahun dan saya teruja untuk menyaksikan mereka bermain dengan baik pada musim depan, katanya.

    Pada November lalu, Cerezo Osaka meraikan gelaran pertama domestik di mana Cerezo menewaskan Kawasaki Frontale 2-0 dalam Piala Liga-J.

    Barisan pemain Cerezo Osaka meraikan kejuaraan mereka selepas menewaskan Yokohama F Marinos dalam perlawanan akhir Piala Emperor semalam. – AFP

    Pelopor pasukan Cerezo, Yanmar Diesel menjuarai Liga Bola Sepak Jepun empat kali antara tahun 1971 dan 1980 dan telah merangkul tiga kejuaraan Piala Emperor antara tahun 1968 dan 1974.

    Tetapi kelab itu terpaksa berusaha keras sejak Liga-J profesional diperkenalkan pada awal tahun 1990-an.

    Kemenangan hari ini merupakan gelaran Piala Emperor pertama untuk pasukan dengan nama Cerezo..

    Cerezo Osaka menghuni tangga ketiga dalam Liga-J musim lepas, ketinggalan sembilan mata dengan juara bertahan Kawasaki, selepas pasukan berpangkalan di Osaka itu dinaikkan dari Liga J2 ke liga profesional tertinggi pada 2017. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda