Ceriakan kanak-kanak dalam kuarantin

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona sekali lagi menghulurkan sumbangan berupa buku mewarna, krayon, pensel dan pek jus bagi kanak-kanak yang menjalani kuarantin di Mahad Islam Brunei, hari ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh PYT Nahida Rahman Shumona kepada wakil dari COVID-19 Holding Area Mahad (CHAM), Tutong.

PYT Nahida Rahman Shumona menyampaikan sumbangan untuk kanak-kanak yang dikurantin. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam