Saya menyambut baik pengumuman Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dalam program Rampai Pagi di televisyen, baru-baru ini yang mengizinkan para pemandu untuk memasang tinted glass dengan kadar peratus yang lebih gelap daripada sebelumnya.
Ini kerana apa yang saya perhatikan, kita dan masyarakat seluruh dunia sudah pun mengalami perubahan iklim hingga menyebabkan pemanasan global.
Pendedahan terlalu lama pada pancaran cahaya matahari dan sinaran UV yang kuat boleh menyebabkan silau dan mengganggu penglihatan para pemandu dan penumpang malah menjejaskan kulit.
Jadi langkah untuk menambah kadar peratus lebih gelap pada cermin kereta adalah inisiatif yang bagus daripada pihak JPD. Selain itu, pihak-pihak berkenaan juga diharap turut memantau kereta-kereta yang menggunakan lampu putih terlalu terang yang menyilaukan pandangan para pemandu sewaktu malam.
Silauman
