Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceroboh gerai, kena 16 bulan penjara

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Seorang lelaki yang berdepan tuduhan menceroboh, merosakkan harta benda dan mencuri, dijatuhi hukuman 16 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

    Hukuman terhadap Abdul Qayyum bin Haji Mohd Rahim @ Joey, 26, dijatuhkan oleh Pemangku Ketua Majistret, Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin.

    Fakta kes menyebut, tertuduh mencuri satu tin minuman ringan dari gerai menjual burger di kawasan Lambak Kanan pada 28 Oktober 2017, ketika pekerja gerai berada di bahagian dapur.

    Tertuduh yang mengetahui wang jualan disimpan dalam tin yang diletakkan di dapur, telah pergi ke belakang dengan membawa tukul.

    Sebaik pekerja gerai itu pergi ke bahagian hadapan, tertuduh mengambil peluang untuk memasuki dapur dan mengambil wang tersebut.

    Pada awal pagi keesokan harinya, tertuduh dengan niat untuk mencuri telah menceroboh masuk gerai yang sama dan telah melakukan kerosakan pada dawai tingkap.

    Tertuduh bagaimanapun diberkas polis yang ketika itu membuat rondaan di kawasan tersebut.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Aminudin Zaki bin Dato Abdul Rahman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda