Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Rayuan seorang pesalah untuk mendapatkan pengurangan hukuman bagi kesalahan melakukan pencerobohan rumah, mencuri dan pecah masuk rumah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan di sini.
Hakim Michael Peter Burrell yang bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Hakim Michael Lunn bersetuju untuk mengurangkan hukuman penjara 114 bulan dan empat sebatan kepada 96 bulan dan dua sebatan terhadap Johari bin Haji Jaya.
Tiga panel hakim bersependapat hukuman yang dijatuhi itu adalah terlalu tinggi dan Mahkamah Perantaraan melakukan kesilapan dalam mempertimbangkan jumlah keseluruhan hukuman itu.