Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Seorang lelaki yang berdepan pertuduhan melakukan ceroboh rumah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.
Tertuduh, Kamarul Zaman birumahn Bahrom, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Marzuqi bin Sabtu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menceroboh di Perpindahan Lambak Kanan sekitar jam 7 malam pada 26 Mei 2020 dengan niat mengganggu penghuninya.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad membantah ikat jamin diberikan atas alasan tertuduh mempunyai rekod kesalahan yang panjang sejak tahun 1992 tambahan lagi tertuduh baru dibebaskan pada Februari lalu dan dikhuatiri akan melakukan kesalahan jika dibenarkan ikat jamin.
Tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 448 diperintahkan tahan reman sehingga sebutan seterusnya,11 Jun 2020 untuk menetapkan tarikh perbicaraan.
Kesalahan di bawah Seksyen 448 memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun dan dengan denda jika disabitkan kesalahan.