TOKYO, 2 FEB – Para pasukan penyelamat Jepun telah menyelesaikan kerja-kerja pembinaan lereng, kelmarin, untuk mencapai pemandu lori yang terperangkap dalam lubang benam, kata pegawai, empat hari selepas kenderaannya ditelan lubang yang dalamnya yang kini melebar 40 meter.
Penyelamat menghadapi kesukaran dalam operasi itu kerana lubang yang terbentuk Selasa lalu itu di bandar Yashio, di pinggir Tokyo, semakin membesar menyamai panjang kolam renang Olimpik.
“Kami baharu sahaja menyelesaikan kerja membina cerun itu,” kata Gabenor Wilayah Saitama, Motohiro Ono kepada pemberita.
Pasukan penyelamat akan menggunakan cerun 30 meter untuk memasukkan peralatan berat ke dalam lubang itu.
“Kami akan membersihkan serpihan dan menyelamatkan pemandu secepat mungkin,” kata Ono.
Tanah dan serpihan yang menutupi kabin pemandu berusia 74 tahun itu telah menghalang sebarang komunikasi dengannya sejak Selasa lalu.
Air bawah tanah yang bocor ke dalam lubang benam kebanyakannya dihentikan Sabtu lalu, lapor penyiar awam NHK.
Dengan dinding lubang sedalam kira-kira 15 meter, menurut NHK semakin terhakis, di mana para pekerja penyelamat tidak dapat berada di dalamnya begitu lama. – AFP