CES tawar pelbagai peranti moden

SAN FRANCISCO, 2 Jan – Ekstravaganza besar-besaran dunia teknologi di Las Vegas memperagakan peranti-peranti baru yang mengagumkan, dari cip-cip komputer, sensor dan kepintaran buatan, tetapi maju dengan membukakan laluan kepada realiti luas atau sebenar(VR).

The Consumer Electronics Show,(CES) yang bermula dengan siri-siri acara media hari ini, akan menawarkan kepada profesional perdagangan robotik baru, kereta yang mempunyai hubungan dan pelbagai gajet.

Pameran tahun ini akan menyaksikan hasil penggalakan kuasa perkomputeran dari kepintaran buatan, yang akan membantu memperkasa benda-benda seperti kereta berautonomi dan memberikan pengalaman baru seperti realiti luas atau sebenar.

“Realiti sebenar mengubah semangat bagi pelbagai industri, termasuklah penjagaan kesihatan, pertanian, pengilangan dan perniagaan,” kata Gary Shapiro, presiden Consumer Technology Association yang menganjurkan pameran tahunan ini, dalam bual Reddit.

CES akan meraikan ulang tahun ke-50 pada perhimpunan itu dan para penganjur menjanjikan ia adalah pameran teknologi VR paling terbesar.

Satu perundingan panel CES akan meneliti bagaimana realiti sebenar mengubah televisyen, filem dan malah berita dengan bentuk video lebih mendalam. – AFP