Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    CFA beri amaran kepada kelab

    SHANGHAI, 9 Jan – Persekutuan Bola-sepak China (CFA) hari ini memberi amaran bahawa mereka memerhatikan dan akan menghukum pasukan-pasukan yang melanggar peraturan-peraturan perpindahannya, berikutan laporan dua buah kelab bersaing untuk menandatangani pemain penyerang Pierre Emerick Aubameyang.

    Juara Liga Super China (CSL), Guangzhou Evergrande dilaporkan bersedia untuk membayar sekurang-kurangnya 70 juta euro bagi penyerang Borussia Dortmund itu, mengatasi tawaran dari pasukan pesaing, Beijing Guoan.

    CFA pada tahun lepas memperkenalkan cukai 100 peratus ke atas pertukaran asing dalam usaha untuk menggalakkan kelab-kelab China untuk melabur ke atas pemain-pemain muda setempat, tetapi media melaporkan bahawa kedua buah kelab bersedia sama ada menanggung hukuman atau mencari jalan untuk mengatasinya.

    CFA, dalam kenyataan tegas, menjelaskan kemarahannya terhadap sebarang tindakan seperti itu. Ia tidak menamakan pemain penyerang Aubameyang, tetapi ia adalah rujukan jelas kepada pemain berusia 28 tahun itu dan kedua buah kelab.

    “Berita terhadap dua buah kelab disyaki terlibat dalam perang bidaan mengenai pertukaran yang mencetuskan kebimbangan sosial,” katanya, yang menambah ia “terlalu bimbang” dan meminta mereka untuk menjelaskannya.

    Gambar fail pada 23 September 2017 menunjukkan Pierre-Emerick Aubameyang meraikan golnya ketika menentang Borussia Moenchengladbach. Kelab China Guangzhou Evergrande berminat untuk mendapatkan penyerang Dortmund dengan nilai 70 juta euro. – AFP

    “Dalam langkah penyiasatan seterusnya, jika terdapat sebarang pelanggaran diketahui, FA China akan menangani perkara ini dengan serius mengikut undang-undang dan peraturan.”

    Dengan menekankan bahawa bayaran tambahan 100 peratus akan dikenakan dalam jendela pertukaran musim sejuk dan pada tahun seterusnya, CFA memberi amaran: “Kami akan memerhati dengan teliti bagi setiap pergerakan perpindahan kelab dalam musim baru dan meningkatkan pengawasan.

    “FA China akan melakukan penyiasatan serius dan tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran atau sebarang sikap mengelak.”

    Situasi ini merupakan yang terbaru dalam perang kerajaan China ke atas pelaburan antarabangsa ‘tidak rasional’, istilah yang juga digunakan dalam kenyataan CFA dalam usaha untuk mengawal kelab-kelab CSL yang mengeluarkan jumlah besar untuk membawa masuk bintang-bintang bola sepak luar.

    Setahun lalu, Shanghai SIPG memecahkan rekod pertukaran Asia untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Oscar dengan 60 juta euro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda