Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    CFB rangkul Anugerah Emerging Social Enterprise

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Community for Brunei (CFB), sebuah ini-siatif kemapanan korporat oleh BIBD telah dinamakan sebagai pemenang bagi Anugerah Emerging Social Enterprise dalam Kategori Anugerah Istimewa Brunei di Anugerah Perniagaan ASEAN (ABA) 2021 pada majlis yang berlangsung secara maya, hari ini.

    Mengulas mengenai kemenangan itu, Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar berkata amat terharu dengan pengiktirafan berkenaan, dengan CFB dilancarkan di tengah-tengah penularan COVID-19 di negara ini sebagai satu kaedah untuk menyokong perusahaan mikro yang terjejas oleh pandemik.

    Ia merupakan kerjasama di antara The Collective, Think Axis, Alicia Newn dan BIBD, yang menggambarkan satu usaha menyokong bakat serta perusahaan tempatan.

    CFB, tambahnya lagi, telah berubah menjadi lebih daripada hanya sebuah pasaran atas talian, di mana sekarang, organisasi boleh memanfaatkan laman sesawang berkenaan untuk mempromosikan kerja-kerja dan peluang-peluang kesukarelawanan, mengalu-alukan orang ramai untuk menawarkan masa mereka bagi kerja-kerja yang dekat pada hati mereka.

    Pada masa yang sama, NGO juga boleh mengumpul dana atau sumbangan secara langsung menerusi laman sesawang tersebut, jelas Hajah Nurul Akmar.

    Beliau menambah matlamat CFB adalah untuk menjadi platform pusta bagi isu-isu dan usaha-usaha sosial, bukan sahaja membolehkan mereka untuk meningkatkan kesedaran tetapi kini juga boleh menggerakkan sumber-sumber yang bersesuaian untuk benar-benar membuat keputusan.

    Semua ini, tambahnya, benar-benar menunjukkan inti pati sebenar, Bruneian at Heart, iaitu untuk berganding bahu bagi membantu golongan yang memerlukan serta mengenal pasti bahawa tanggungjawab dikongsi dan usaha bersama merupakan kunci kepada kemakmuran dan pembangunan negara.

    Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman ketika menyampaikan ucapan pada majlis yang berlangsung secara maya. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda