Penyanyi dan pelakon Cha Eun Woo mencuri tumpuan selepas berjaya menamatkan larian sejauh 11 kilometer di bawah catatan masa kurang satu jam.
Bukan hanya catatan masa, malah wajah kacaknya juga menjadi bulan dalam acara yang berlangsung kelmarin, menurut petikan mStar.
Meskipun dalam keadaan penat dan berpeluh Cha Eon Woo tetap nampak bergaya saat tiba di garisan penamat.
Rata-rata warganet memberi komen dia seperti sedang menjalani penggambaran drama kerana kelihatan segar dan kemas.
“Betul ke Eun Woo baru habis berlari 11 kilometer? Tak mungkin sebab nampak macam sedang buat sesi fotografi.
“Seriuslah wajah Eun Woo kekal kacak walaupun baru selesai berlari?
“Macam bukan gambar selepas berlari, muka Eun Woo sempurna macam baru lepas sesi fotografi,” tulis warganet.
Eun Woo mengambil bahagian dalam acara larian antarabangsa The North Face 100 Gangwon yang diadakan di Gyeongpo Lake Square. – Agensi
