Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Chad umum darurat di kawasan terjejas banjir

    DOUALA, 20 OKT – Presiden Chad Mahamat Idriss Deby kelmarin mengumumkan darurat berikutan ramai penduduk hilang kediaman serta kemusnahan material akibat banjir besar di negara itu.

    Banjir besar di negara Afrika Tengah itu menjejaskan 636 lokaliti di 18 daripada 23 wilayahnya atau lebih sejuta orang, menyebabkan puluhan ribu melarikan diri dan ribuan hektar tanah pertanian musnah, menurut Deby.

    Beliau mengumumkan darurat “untuk membendung dan mengurus” bencana itu yang menurutnya berlaku akibat perubahan iklim dan menyifatkannya sebagai bencana paling teruk yang pernah dialami oleh rantau ini sejak bertahun-tahun, lapor agensi Anadolu.

    “Keadaan semakin membimbangkan berdasarkan infrastruktur yang ada tidak direka bentuk mengikut keperluan data meteorologi dan hidrologi semasa. Deby juga memberi amaran lebih banyak kerosakan dijangka berlaku apabila banjir surut di kawasan selatan negara itu. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan kenderaan meredah banjir berikutan hujan lebat di ibu negara Libya Tripoli, kelmarin – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...