Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chainblock Brunei juara di Sarawak

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Chainblock Brunei terus menjulang nama negara di persada serantau selepas muncul juara dalam perlawanan akhir acara tarik tali jemputan Kejohanan Irau Aco Lun Bawang Sarawak 2023, baru-baru ini.

    Mereka menerima trofi dan hadiah wang tunai RM1,500 selepas menewaskan AF Civil Sabah di Padang Dataran di Lawas.

    Sementara itu, pasukan Chainblock Limbang mendapat tempat ketiga selepas menewaskan Awat-Awat yang terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

    Pertandingan tersebut menyaksikan penyertaan lapan pasukan jemputan. Pasukan Chainblock Brunei diketuai oleh Pengiran Azizul Akbar bin Pengiran Haji Badaruddin.

    Rombongan turut disertai Pengurus Pasukan, Jasmie bin Haji Johari dan Pengarah Pasukan, Husin bin Yahya.

    Gambar ramai pasukan Chainblock Brunei di Sarawak baru-baru ini. – Gambar serahan Chainblock Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda