Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chainblock juara tarik kalat

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Pasukan Chainblock baru-baru ini muncul juara dalam Kejohanan Jemputan Tarik Kalat Pesta Nelayan, Menumbok, Sabah, Malaysia.

    Pasukan tersebut merupakan salah satu daripada lapan pasukan elit yang ikut bertanding dalam acara berkenaan.

    Pasukan Chainblock mendapat gelaran juara setelah menewaskan Thunder Beast dalam aksi final, manakala Pasukan Wilayah Persekutuan Labuan dan Pasukan MBK A masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat.

    Gambar ramai pasukan Chainblock semasa menyertai Kejohanan Jemputan Tarik Kalat Pesta Nelayan, Menumbok, Sabah, Malaysia, baru-baru ini. – Gambar serahan Chainblock
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda