Thursday, February 13, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chainblock juara tarik kalat

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Chainblock Gorgon muncul pemenang Kejohanan Tarik Kalat 2023 yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien kelmarin.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam (BDTA) itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini.

    Dalam pertandingan tersebut, pasukan Chainblock yang dominan merangkul gelaran juara kategori heavyweight (berat keseluruhan 680kg), diikuti oleh naib juara iaitu Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei (MS PPDB) dan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) di tempat ketiga.

    Sementara itu, Chainblock Ilusi menjadikan kemenangan kedua untuk pasukan tempatan selepas menjadi juara dalam kategori lightweight (berat keseluruhan 560kg), diikuti oleh MS PPDB di tempat kedua dan SPSS Tuggers di tempat ketiga.

    Seterusnya, KB Bull Brothers A memenangi kategori remaja bawah 19 tahun (berat keseluruhan 500kg) dengan rakan sepasukan, KB Bull Brothers B merangkul naib juara dan Chainblock di tempat ketiga.

    YAM Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bergambar ramai bersama pemenang. – Gambar serahan BDTA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda