LILONGWE, MALAWI, 28 JUN – Pemimpin pembangkang Malawi Lazarus Chakwera dipilih hari ini sebagai presiden baharu negara Afrika selatan selepas memenangi pilihan raya yang diadakan semula.
Ia merupakan perubahan dramatik untuk calon Peter Mutharika, dengan kemenangan dalam pengundian Mei 2019 ditarik balik oleh Mahkamah Perlembagaan disebabkan dakwaan penipuan. Chakwera diumumkan pemenang pilihan raya yang diadakan semula pada Selasa dengan meraih hampir 59 peratus undi, menurut keputusan yang diumumkan lewat semalam.
Malawi ialah satu-satunya negara Afrika selatan yang mana keputusan pengundian presiden ditarik balik di mahkamah, selepas Kenya pada 2017.
Dan ia merupakan kali pertama di rantau di mana pengundian semula membawa kepada kekalahan pemimpin sekarang.
Calon pembangkang Saulos Chilima dipilih sebagai naib presiden.
Kira-kira 6.8 juta penduduk Malawi kembali mengundi pada Selasa selepas mahkamah tertinggi negara mendapati pilihan raya pertama telah dibelenggu penyelewengan, termasuk menggunakan cecair pembetulan yang menjejaskan kertas keputusan.
Chakwera diumumkan sebagai pemenang dengan 2.6 juta undi, sementara Mutharika memperoleh 1.75 juta dan calon Peter Dominico Kuwani 32,400 undi.
Jumlah pengundi adalah kurang daripada 65 peratus. – AFP