Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chalmers pecah rekod 100m renang

    FUKUOKA, JEPUN, 27 JULAI – Kyle Chalmers dari Australia berjaya merangkul pingat emas dalam acara renang 100m gaya bebas lelaki pada kejohanan dunia renang hari ini.

    Chalmers menamatkan saingan dalam masa 47.15 saat, di hadapan Jack Alexy dari Amerika Syarikat (AS) dengan 47.31 saat dan Maxime Grousset dari Perancis dengan catatan masa 47.42 saat.

    Bagi Chalmers, yang merupakan juara Olimpik 2016, ia adalah kemenangan pertamanya dalam kejohanan dunia bagi acara individu.

    “Saya berasa hebat,” kata Chalmers.

    “Pingat ini adalah yang terakhir bagi saya untuk melengkapkan koleksi dalam karier renang, jadi, setelah berjaya memenanginya malam ini dalam saingan yang penuh ketegangan adalah sangat istimewa,” ujarnya.

    Juara bertahan dan pemegang rekod dunia dari Romania, David Popovici, hanya mampu menduduki tempat ke-6 dengan catatan masa 47.83 saat.

    Popovici juga gagal mempertahankan gelaran dalam acara 200m gaya bebas, dan hanya menduduki tempat ke-4.

    Matt Richards dari Britain, juara 200m dalam kedua-dua saringan 100m dan separuh akhir, berada di tempat ke-5 dengan catatan masa 47.45 saat. – AFP

    Kyle Chalmers bergambar bersama pingat emasnya semasa Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, 27 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda