Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Champ pamer aksi mantap

    JACKSON, Amerika Syarikat (AS), 26 Okt – Pemain muda, Cameron Champ memulakan kerjaya menariknya dalam Jelajah PGA dengan mencatatkan 65 pukulan bagi pendahuluan satu strok pada pusingan pembukaan dalam Kejuaraan Sanderson Farms.

    Champ menghampiri pusingannya dengan menghasilkan empat birdie pada enam lubang terakhirnya pada pertandingan yang diadakan di Jackson, Mississippi, yang ditangguhkan semalam kerana keadaan gelap.

    Champ, 23, menamatkan pertandingan di kedudukan ke-25 dalam kemunculan Jelajah di Terbuka Safeway selepas menamatkan tangga keenam dalam senarai kewangan Web.com musim lalu. Dia mendahului Web.com dalam jarak pukulan, yang mencatatkan rekod pada perkadaran 343.7 ela.

    Champ mencatatkan pendahuluan satu strok ke atas Cameron Triangle yang mencatatkan pukulan enam-bawah 66. Rory Sabbatini dari Afrika Selatan dan D.J. Trahan dari AS terikat di tangga ketiga dengan lima bawah 67, dua pukulan di belakang Champ.

    “Saya tahu permukaan kasar di sini adalah sukar di sebahagian kawasan, tetapi hari ini saya membuat pukulan dengan baik,” katanya.

    Champ, yang mendapatkan kad Jelajah PGA kurang dari setahun selepas menjadi pemain profesional, menamatkan perlawanan dengan lapan birdie dan satu bogey di Country Club Jackson semalam.

    Tenaganya dipamerkan sepenuhnya pada pusingan pertamanya ketika membuat pukulan di atas green di atas 315 ela par empat lubang ke 15. Dia membuat laluan untuk birdie di lubang ke 18 dengan pukulan jarak 347 ela.

    “Ia adalah hebat anda boleh memukulnya dengan pukulan, tetapi jika bahagian lain permainan adalah tidak bagus anda tidak akan mampu untuk beraksi,” katanya.

    Tringale terikat bersama Champ bagi pendahuluan sehingga lubang terakhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda