Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Chan Ai Luan menang kereta mewah

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Satu kejutan yang amat indah bagi Chan Ai Luan apabila melihat namanya terpilih sebagai pemenang hadiah utama berupa sebuah Mercedes-Benz CLA200 Coupe dalam Cabutan Utama Ulang Tahun imagine ke-4 yang berlangsung di Bilik Pameran Autohaus Beribi, Jati Transport, hari ini.

    Hadir semasa acara cabutan utama dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang cabutan utama berkenaan ialah Pengarah Bahagian Ekosistem Perniagaan dan Industri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Allen On, dalam kapasitinya sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Lembaga imagine Sdn Bhd.

    Turut hadir semasa cabutan berkenaan ialah Penolong Pengurus Jualan, Jati Transport Sdn Bhd, Ivan Chia, keluarga para finalis cabutan, pelanggan-pelanggan imagine serta pengurusan daripada Jati Transport dan imagine.

    Pada cabutan utama berkenaan, seramai 10 finalis telah dipilih daripada kumpulan 61,346 orang pelanggan yang layak menerusi acara cabutan berkomputer secara rambang yang disiarkan melalui laman Instagram imagine pada 10 Mei lalu. Semasa cabutan utama itu, hadiah utama berupa sebuah Mercedes-Benz CLA200 Coupe telah dimenangi oleh Chan Ai Luan; hadiah kedua berupa wang tunai berjumlah $5,000 telah dimenangi oleh Hani Rasyiqah binti Rilly; dan hadiah ketiga berupa pakej percutian ke Korea selama lima hari empat malam termasuk penginapan telah dimenangi oleh Dayang Maimunah binti Timbang.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Chan Ai Luan berkata tidak menyangka akan memenangi hadiah utama cabutan.

    Beliau hadir pada cabutan itu dengan harapan untuk memenangi mana-mana sahaja hadiah yang telah disediakan tetapi apabila namanya disebut sebagai pemenang hadiah utama, ia merupakan satu kejutan yang amat indah baginya dan beliau amat bersyukur dengan kemenangan itu.

    Beliau turut mendedahkan bahawa kereta yang dimenanginya itu akan dikongsi bersama keluarganya dan akan dijadikan sebagai kereta keluarga.

    Hadiah-hadiah menarik yang lain termasuk Televisyen LG 86” Super UHD 4K LED 86UOP8000, iPhone 15 Pro 512 GB, JPMC Executive Health Screening Package dan komputer riba DreamCore i5. Acara cabutan ulang tahun berkenaan merupakan satu tradisi tahunan bagi imagine di mana ia berjalan daripada 9 Februari hingga 9 Mei 2024.

    Allen On dan Ivan Chia menyampaikan hadiah utama berupa Mercedes-Benz CLA200 Coupe kepada Chan Ai Luan. – GAMBAR SERAHAN IMAGINE
    GAMBAR SERAHAN IMAGINE

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...