Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chang’e-6 mendarat, kumpul sampel di bulan

    BEIJING, 2 Jun  – Pendarat Chang’e-6 dari China berjaya mendarat di bahagian permukaan yang jauh di bulan pagi tadi, dan akan mengumpul sampel di kawasan yang jarang diterokai itu buat pertama kali dalam sejarah manusia, menurut Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA).

    Disokong oleh satelit geganti Queqiao-2, gabungan pendarat Chang’e-6 berjaya mendarat di kawasan yang ditetapkan pada jam 6:23 pagi (waktu Beijing) di Lembangan South Pole-Aitken (SPA).

    Chang’e-6 terdiri daripada orbiter, returner, pendarat dan ascender. Sejak dilancarkan pada 3 Mei tahun ini, ia telah melalui pelbagai peringkat seperti pemindahan Bumi-bulan, brek berdekatan bulan, mengorbit bulan dan juga turun mendarat.

    Misi Chang’e-6 adalah untuk mengumpul dan membawa balik sampel dari bahagian yang jauh di bulan, usaha pertama seumpamanya dalam sejarah penerokaan bulan manusia.

    Usaha ini juga adalah bukti kejayaan dalam reka bentuk dan teknologi kawalan orbit retrograde bulan selain merealisasikan teknologi utama persampelan pintar dan pantas, serta keupayaan berlepas dan mendaki dari bahagian jauh bulan. – Xinhua

    Kakitangan teknikal bekerja di Pusat Kawalan Aeroangkasa Beijing (BACC) di Beijing, China. CNSA mengumumkan Chang’e-6 China mendarat di bulan dan mengumpul sampel. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda