Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Channing Tatum, Zoe Kravitz berpisah?

    Hubungan cinta selama tiga tahun di antara pelakon Channing Tatum dan Zoe Kravitz dilaporkan sudah berakhir dengan perpisahan.

    People melaporkan Zoe, 34, dilihat sudah tidak lagi memakai cincin pertunangan mereka sejak beberapa minggu lalu yang menguatkan lagi khabar angin perpisahan pasangan tersebut.

    Malah kali terakhir mereka dilihat meluangkan masa bersama menerusi perkongsian gambar di Instagram pada awal September lalu.

    Bagaimanapun, Channing dan Zoe memilih mengunci mulut mengenai dakwaan mereka sudah berpisah.

    Khabar angin perpisahan pasangan itu mengejutkan ramai pihak memandangkan Channing, 43, baru sahaja mencacah tatu nama Zoe pada bahagian tangannya.

    Pasangan itu berpisah selepas setahun mengikat tali pertunangan. – SplashNews.com

    Sebelum ini, Channing dan Zoe mengikat tali pertunangan selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

    Untuk rekod, pasangan itu pertama kali bertemu ketika penggambaran filem pertama arahan Zoe sebelum hubungan itu bertukar cinta.

    Pasangan itu mengikat tali pertunangan dua tahun lalu.

    Channing pernah berkahwin dengan Jenna Dewan pada 2009 namun bercerai pada November 2019.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 10 tahun.

    Manakala, Zoe pula pernah berkahwin dengan aktor Karl Glusman pada 2019 namun berpisah tiga tahun kemudian. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda