Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chanyeol bakal membintangi filem Korea

    Buat pertama kali, ahli kumpulan terkenal EXO iaitu Chanyeol bakal memegang watak utama dalam filem Korea yang berjudul The Box yang akan memulakan penggambaran pada penghujung Ogos depan.

    Memetik laporan Soompi,  agensi SM Entertaiment berkata, Chanyeol sendiri yang memilih untuk membintangi filem tersebut dan masih dalam proses untuk perbincangan seterusnya.

    “Chanyeol mengambil keputusan untuk berlakon dalam filem tersebut dan masih dalam proses untuk mendapatkan maklumat selanjutnya,” katanya.

    Filem berkonsepkan muzikal arahan pengarah Yang Jung Woong itu mengisahkan seorang penyanyi dan penerbit muzik yang sentiasa bekerjasama dalam industri.

    Bukan sahaja Chanyeol memegang watak utama, dia juga turut berkongsi idea dari segi susunan lagu-lagu yang akan dinyanyikan dalam filem tersebut.

    Sebelum ini, Chanyeol pernah membintangi filem China berjudul So I Married My Anti-Fan. – Agensi

    Chanyeol akan memegang watak utama dalam filem Korea yang berjudul The Box yang bakal memulakan penggambaran pada bulan Ogos depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda