Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Chaos Bandits Paintball Brunei menyertai Southern Legion Paintball Series League One yang berlangsung selama dua hari, bermula kelmarin, di Cyberjaya Paintball Park, Malaysia. Perlawanan yang dianjurkan oleh Cyberjaya Paintball Park Malaysia itu menyaksikan Chaos Bandits Paintball Brunei meraih tempat keempat daripada 13 pasukan yang mengambil bahagian.
Daripada jumlah tersebut, 12 pasukan berasal dari Malaysia, manakala satu pasukan mewakili Negara Brunei Darussalam.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P23-3_11022025.jpg)