BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Sempena Hari Jururawat Antarabangsa, Restoran Charcoal BBQ & Grill kini sedang menawarkan diskaun 20 peratus kepada kakitangan perubatan sehingga 9 Mei ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kakitangan perubatan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan atau bukti sah bahawa mereka kakitangan daripada mana-mana bidang perubatan yang berkaitan sama ada doktor pergigian, doktor haiwan, jururawat dan sebagainya. Malah pelajar perubatan pun boleh mendapatkannya.
Pengurus Operasi, Sinar Abdul dipetik sebagai berkata, “Kakitangan perubatan yang siap sedia untuk dipanggil bertugas dan yang dalam syif, boleh keletihan dan kami hanya ingin memberi penghargaan atas kerja keras mereka dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan menikmati makanan.
“Promosi diperkenalkan semula bagi kumpulan pilihan ini berikutan permintaan tinggi dan kesesuaiannya dengan Bulan Jururawat,” tambahnya.
Dalam kenyataan berasingan, restoran berkenaan memaklumkan bahawa bagi bulan ini, mere-ka menampilkan hidangan kegemaran pelanggan, Asian Grilled Lamb Chop dengan sampingan nasi dan sos Asia.
Manakala itu, pasta pilihan bulan ini adalah Spageti Carbonara dengan Filet Ayam Panggang dan Coriander Asian Fish Fillet dengan sayuran kukus dan nasi mentega sebagai hidangan ikan. Selain itu, Fricassee Chicken dan sampingan nasi bermentega dan sayuran gril juga boleh didapatkan.
Promosi Makanan Tengah Hari Bulanan restoran berkenaan termasuk pelbagai set menu bagi pelanggan. Setiap bulan, mereka akan menyediakan empat set hidangan pada harga menarik termasuk tambahan minuman percuma seperti Sparkling Juice, kopi atau teh.