Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Charlie Puth sudah bertunang

    Charlie Puth mengumumkan pertunangannya dengan Brooke Sansone di laman Instagram miliknya. Dia mengungkapkan bahawa dia akan segera menikahi Brooke, yang telah lama menjadi kawannya. Lamaran tersebut dilakukan di New York.

    Dalam gambar yang dikongsi oleh Charlie, mereka sedang menikmati piza di restoran Lucali di Brooklyn dan Brooke dilihat memakai cincin berlian.

    Dalam kapsyen foto itu, Charlie menulis, “Saya terbang ke New York untuk melamar seorang kawan dan mengahwininya lalu dia berkata ya.”

    “Saya adalah versi terbahagia dan terbaik untuk diri saya sendiri dan semua itu kerana awak, Brookie. Saya mencintai awak tanpa henti selamanya.”

    Charlie, yang berusia 31 tahun, sebelumnya telah memilih untuk merahsiakan berita pertunangannya.

    Dalam temu bual dengan DJ Howard Stern Oktober lalu, Charlie berkata, “Jika saya bertunang, media tidak akan tahu mengenainya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan mereka tidak tahu.”

    Charlie juga bercerita tentang hubungan indah dia dengan Brooke kerana mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

    “Memandangkan hidup saya sangat sibuk dan saya sering melakukan perjalanan, sungguh menggembirakan mempunyai seseorang yang rapat dengan kita dan yang kita kenali sejak sekian lama,” katanya. – Agensi

    Gambar oleh www.self.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda