Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Chatbot AI Microsoft ‘ingat’ semua aktiviti pengguna PC

    REDMOND, 21 MEI – Microsoft mahu pengguna komputer berasa selesa dengan bot sembang kecerdasan buatannya (Chatbot AI) sehingga ia akan mengingati semua yang dilakukan pada komputer dan membantu memikirkan perkara yang mahu dilakukan seterusnya.

    Gergasi perisian itu kelmarin mendedahkan kelas baharu komputer peribadi yang dilengkapkan AI setelah ia menghadapi persaingan semakin sengit dalam penggunaan teknologi AI generatif yang boleh mengarang dokumen, membuat imej dan berfungsi sebagai pembantu peribadi di tempat kerja atau rumah.

    Pengumuman dibuat menjelang persidangan tahunan Microsoft, iaitu Build yang berfokus pada menggabungkan pembantu AI yang dipanggil Copilot, ke dalam sistem pengendalian Windows (OS) untuk PC.

    Ciri-ciri baru termasuk Windows Recall, yang memberikan bantuan AI sebagaimana yang diterangkan oleh Microsoft sebagai ‘memori fotografi’ terhadap aktiviti maya seorang pengguna.

    Microsoft berjanji untuk melindungi privasi pengguna dengan memberikan mereka pilihan untuk menapis perkara yang mereka tidak mahu dijejaki dan meninggalkan jejak hanya pada peranti.

    Ini adalah satu langkah ke arah mesin yang “dengan serta-merta melihat, mendengar dan menaakul tentang niat dan persekitaran kita,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Satya Nadella.

    “Kita memasuki era baharu ini di mana komputer bukan sahaja memahami kita, tetapi sebenarnya boleh menjangka apa yang kita mahu dan niat kita,” kata Nadella pada satu acara di ibu pejabat syarikat di Redmond, Washington. – AP

    Seorang kakitangan Microsoft memegang komputer riba Surface dan Surface Pro baharu dilengkapi AI semasa acara pameran di ibu pejabat Microsoft di Redmond, Amerika Syarikat pada 20 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...