Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chatbot Google buat kesilapan dalam persaingan AI dengan Microsoft

    PARIS, 9 FEB – Google kelmarin mengumumkan beberapa ciri yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI), tetapi kesilapan dalam iklan menyebabkan harga sahamnya merudum.

    Microsoft telah mengumumkan perkongsian berbilion dolar dengan pembuat ChatGPT, OpenAI dan melancarkan produk baharu baru-baru ini, manakala Google cuba mencuri perhatian sehari lebih awal dengan mengumumkan alternatif ‘Bard’ nya.

    Bot-bot tersebut disepadukan dengan pantas ke dalam enjin carian dan Google sedang bersaing untuk mengekalkan penguasaan dua dekadnya dalam industri carian web. Tetapi ahli astronomi di Twitter dengan cepat menyedari bahawa Bard Google telah membuat kesilapan dalam iklan di Twitter mengenai teknologi baharunya.

    Dalam iklan tersebut, bot itu ditanya tentang perkara yang perlu diberitahu kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun tentang penemuan daripada Teleskop Angkasa James Webb.

    Ia secara salah memberi respons bahawa teleskop itu adalah yang pertama mengambil gambar planet di luar sistem suria Bumi, sedangkan penghormatan itu sebenarnya milik European Very Large Telescope. Kekacauan itu menyebabkan harga saham menurun lebih 7 peratus kelmarin dengan pelabur turut kecewa dengan pengumuman terkini.

    Sebelum masalah itu timbul, Naib Presiden Google, Prabhakar Raghavan memberitahu semasa acara di Paris bahawa Bard kini digunakan oleh ‘penguji yang dipercayai’ tetapi tidak memberikan garis masa untuk keluaran awam, yang dijangka dalam beberapa minggu.

    Penganalisis telah mencadangkan Google menyegerakan pengumumannya di bawah tekanan daripada Microsoft, tetapi Raghavan menafikan dakwaan itu.

    “Ia telah menjadi perjalanan yang memakan masa bertahun,” katanya, sambil menambah bahawa tiada satu pun halangan yang ‘merubah rancangan Google secara dramatik’. – AFP

    Papan tanda dipaparkan pada bangunan Google di kampus mereka di Mountain View, California, 24 September 2019. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda