Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ChatGPT 5.0 lebih pintar

    DUBAI, 13 FEB – ChatGPT, model AI yang terkenal di seluruh dunia, bersedia untuk mengalami peningkatan penting dalam kecerdasan buatan (AI), umum pengasas bersama OpenAI dan ketua pegawai eksekutifnya, Sam Altman.

              Altman memberi bayangan mengenai versi ChatGPT 5.0 yang bakal menjanjikan perubahan lebih besar dalam landskap AI ketika menghadiri Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS 2024) yang diadakan di sini, hari ini.

     

    Sam Altman, dilihat pada skrin, bercakap pada sembang video semasa Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, hari ini. – AP

              “Ia mungkin kedengaran menjengkelkan. Tetapi apa yang penting ia akan menjadi lebih bijak,” katanya dalam Sesi Pleno dengan Menteri Emiriah Arab Bersatu AI, Omar Sultan Al Olama.

              Sambil mengiktiraf pelbagai kemajuan telah dicapai bermula daripada prestasi tugas yang dipertingkatkan hingga kepantasan dan keupayaan multimodal (pelbagai mod), Altman turut menekankan kepentingan versi terkini dalam meningkatkan tahap kecerdasan.

              “Ada banyak perkara lain yang boleh kita bincangkan. Ia akan menjadi lebih baik pada tugas-tugas seperti ini. Ia akan menjadi multimodal dan lebih pantas.

              “… kami akan menjadikan model ini lebih pintar dan ia akan menjadi lebih baik. Segala-galanya secara menyeluruh,” kata Altman.

              ChatGPT 4.0 yang menjadi kemuncak pencapaian AI terkini telah mendapat pujian meluas bagi keupayaan pemprosesan bahasa dan pemahaman konteks.

    Bagaimanapun, ChatGPT 5.0 bakal menjanjikan lebih banyak kelebihan dan bersedia untuk mentakrifkan semula intipati pengenalan buatan, menurut laporan antarabangsa. – Bernama

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...