Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ChatGPT alami gangguan teknikal

    SAN FRANCISCO, 22 FEB – ChatGPT memberikan jawapan mengarut kepada pertanyaan pengguna selama berjam-jam Selasa hingga kelmarin sebelum akhirnya kembali pulih seperti sediakala.

    OpenAI, yang menjadikan alat kecerdasan buatan (AI) generatif terkemuka di dunia, berkata, penyelarasan perisian telah ‘memperkenalkan pepijat dengan cara model memproses bahasa.’

    “Setelah mengenal pasti punca kejadian ini, kami melancarkan penyelesaian dan mengesahkan kejadian itu telah diselesaikan,” tambahnya.

    ChatGPT memberikan respons ‘pelik,’ dengan menjana perkataan yang tidak wujud, ayat tidak lengkap dan perkataan umum yang tidak bermakna, kata pemaju yang menggunakan alat itu dalam forum perbincangan di laman web OpenAI.

    “Ia memberi saya perkataan yang tidak bermakna diikuti dengan senarai yang pelik,” keluh seorang pemaju.

    “Rasanya seolah-olah GPT saya berhantu atau sesuatu telah dikompromi, sama ada di pihak saya atau di OpenAI (hujung).”

    Sehingga lebih daripada 16 jam telah berlalu, OpenAI mengemas kini halaman dengan mesej bahawa ChatGPT beroperasi seperti biasa. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda