Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Che Ta ajak derma untuk Palestin

    Pelakon popular Rozita Che Wan mengajak orang ramai membeli sambil menderma menerusi koleksi shawl Palestine Edition 2021 bagi membantu rakyat Palestin.

    Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, sebahagian daripada keuntungan jualan akan didermakan ke tabung Palestin.

    “Melihatkan keadaan rakyat Palestin membuatkan kita berguguran air mata. Selain dari menderma secara peribadi bersama anak beranak, inilah cara yang saya rasa dapat meningkatkan jumlah derma kita terha-dap nasib mereka di sana.

    “Saya harap rakyat Malaysia sudi membeli sambil menderma dan menyarungkan tudung tema Palestin ini demi simbolik sokongan kita terhadap mereka,” katanya.

    Che Ta juga adalah wajah atau ‘muse’ rasmi bagi koleksi itu.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Ashh & Annas, Mohamad Anas Zahrin berkata, koleksi itu dekat di hati semua.

    “Mari kita membeli sambil beramal. Kita tak boleh nak ke sana, kita tiada tenaga atau kekuatan untuk ke sana tapi apa yang kita boleh buat adalah bantu dari segi ini. Menderma sambil menunjukkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada saudara Islam kita di sana.

    “Saya berharap dengan usaha ini dapatlah kita semua meringankan beban mereka. Dapatlah kita bantu sedaya yang mungkin agar ada sedikit senyuman di wajah mereka tak kiralah yang kecil, besar, ibu, bapa, warga tua dan semua rakyat Palestin yang terkesan dengan perperangan baru-baru ini.

    “Tiada kata-kata yang dapat digambarkan sebagai tanda terima kasih saya kepada anda selaku rakyat Malaysia yang sangat prihatin,” katanya. – Agensi

    Pelakon popular Rozita Che Wan mengajak orang ramai menderma membantu rakyat Palestin. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda