Tuesday, January 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Che Ta masih belikan baju raya untuk adik-beradik

    Adik kepada pelakon sensasi, Rozita Che Wan iaitu Rubytah, 48, sedih melihat kakaknya menjadi mangsa kecaman masyarakat gara-gara dakwaan berhutang hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Rubytah yang juga isteri kepada pelawak Lan Pet Pet berkata, dia kagum melihat kakaknya, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta kekal tenang ketika isu sedang hangat diperkatakan.

    “Saya terasa nak jawab cemuhan, tetapi batalkan hasrat kerana tak mahu keruhkan keadaan.

    “Sebagai adik, tentulah saya kasihan dan tak sampai hati lihat kakak dikutuk, sedangkan dia adalah wanita yang baik dan pemurah.

    “Dari kecil, kami sekeluarga susah, tetapi Rozita jenis utamakan keluarga. Dia bekerja keras mengubah nasib keluarga.

    Rozita tak lokek, malah masih membelikan baju raya untuk adik-beradik biarpun mereka sudah berumah tangga. – Iluminasi

    “Sampai hari ini, Rozita masih belikan baju raya walaupun adik-beradik sudah berumah tangga. Dia jugalah menjaga emak,” katanya yang ditemui selepas majlis pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall, semalam.

    Rubytah juga anak ketiga daripada tujuh beradik, mengagumi ketenangan Rozita ketika berdepan kontroversi hutang MARA itu.

    Bagaimanapun, Rubytah berkata, kakaknya tidak banyak berkongsi mengenai masalahnya, lapor BH Online.

    “Bila adik-beradik tanya okay ke? Rozita hanya menjawab Allah ada.

    “Dia tak banyak mengadu, tapi ada bercerita keadaan sebenar. Tapi, perkara ini tak boleh dikongsikan kepada umum.

    “Orang tak tahu cerita sebenar, tapi bila Rozita berdiam, orang hentam. Hanya dia tahu kebenaran.

    “Bagi saya, ini bukan satu musibah, sebaliknya ujian untuk Allah angkat lagi darjat kerana Allah tahu Rozita mampu mengharunginya,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda