Pelakon Rozita Che Wan, tidak mampu mengawal perasaan marah selepas mengetahui seorang pengacara veteran mengaitkan nama anaknya iaitu Aaisyah Dhia Rana dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini. Meskipun pada awalnya Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta enggan memanjangkan isu berkenaan, dia bagaimanapun terpaksa bersuara selepas anak perempuannya digelar dengan panggilan tidak baik.