Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Che Ta tak boleh kawal marah

    Pelakon Rozita Che Wan, tidak mampu mengawal perasaan marah selepas mengetahui seorang pengacara veteran mengaitkan nama anaknya iaitu Aaisyah Dhia Rana dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

    Meskipun pada awalnya Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta enggan memanjangkan isu berkenaan, dia bagaimanapun terpaksa bersuara selepas anak perempuannya digelar dengan panggilan tidak baik.

    Kata Che Ta, 52, tindakan pengacara itu keterlaluan dan hinaan ditulis itu benar-benar menyakitkan hati.

    “Ada orang hantar (paparan skrin) itu dekat saya… ini apa masalah, tiba-tiba ni? Sebelum ini dia minta saya berjanji, minta tarik balik kes dan jangan beritahu orang tapi sekarang apa masalah kau tiba-tiba nak naik post (hantaran) tu,” katanya.

    Che Ta meluahkan rasa bengangnya itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Mat Kola yang diadakan di GSC Tropicana Garden, Kota Damansara, Selangor pada Khamis.

    Kata Che Ta lagi, dia tidak ambil pusing jika pengacara tersebut hanya menghina dirinya sahaja, namun mengaitkan dengan anaknya adalah tidak wajar.

    “Saya tak kisah dia nak maki saya, tapi sekarang ni kau ada masalah ke dengan anak aku? – Agensi

    Che Ta terpaksa bersuara demi anak perempuannya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...