SINGAPURA – Sekumpulan penyemak fakta kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) serta menyeru lebih ramai sukarelawan untuk membantu menyemak kesahihan berita yang dihantar oleh pengguna WhatsApp, sebagai persediaan menghadapi lonjakan berita palsu menjelang Pilihan Raya Umum 2025. CheckMate, sebuah perkhidmatan penyemak fakta percuma yang diperkenalkan pada 2023, menyasarkan untuk menggandakan jumlah sukarelawannya kepada lebih 100 orang.

