Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cheetah tiba di India sempena hari jadi Modi

    NEW DELHI, 13 SEPT – Lapan ekor cheetah akan dihantar ke India di mana ia akan secara peribadinya dialu-alukan oleh Perdana Menteri Narendra Modi sempena hari jadinya, kata pejabatnya hari ini.

    India pada masa lalunya merupakan habitat cheetah Asiatik namun spesies itu dianggap terancam di negara itu pada 1952.

    Seorang putera dipercayai membunuh tiga spesimen terakhir cheetah itu. Walau bagaimanapun, New Delhi sejak 2020 sudah bekerja keras memperkenalkan haiwan itu selepas Mahkamah Tinggi mengumumkan cheetah Afrika, spesies berlainan, boleh ditempatkan di lokasi yang dipilih atas dasar experimen.

    Lima ekor jantan dan tiga ekor betina haiwan itu dari Namibia tiba di India pada Sabtu dan ditempatkan di kawasan kuarantin di Taman Negara Kuno Kebangsaan di negara tengah Madhya Pradesh.

    India juga merancang untuk mendapatkan lebih banya ceetah pada masa akan datang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda