Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chef Wan samakan diri seperti Yul Brynner

    Sejak disahkan menghidap kanser limfoma, cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail sering berkongsi perkembangan terkininya yang sedang menjalani rawatan kemoterapi di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

    Redzuawan atau lebih mesra dengan sapaan Chef Wan memberitahu dia mula mengalami simptom keguguran rambut yang menjadi salah satu kesan sampingan rawatan berkenaan.

    Tidak hanya ketika mandi, Chef Wan turut memberitahu rambutnya juga gugur ketika baring.

    “Rambut saya telah gugur di seluruh bantal pagi ini dan selepas saya mandi pagi.

    “Ia berguguran seperti musim sejuk menghampiri musim luruh. Sama macam bila dengar lirik lagu Autumn Leaves.

    “Tak lama lagi saya mesti ucapkan selamat tinggal kepada semua rambut indah saya yang telah diberkati untuk saya… Saya terlihat seperti Yul Brynner yang lebih senior dalam filem Anna and The King,” katanya.

    Chef Wan berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Malah dia turut berkongsi gumpalan rambutnya yang telah gugur.

    Meskipun diuji dengan masalah kesihatan, Chef Wan memberitahu dia kekal positif dan percaya rambutnya akan tumbuh semula apabila rawatannya berakhir.

    “Inilah kehidupan yang harus diingati bahawa kita tidak akan kekal hidup selama-lamanya, tapi seseorang juga mesti sentiasa ada harapan. – Agensi

    Chef Wan percaya rambutnya akan tumbuh semula selepas selesai rawatan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda