Tuesday, February 4, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea bangkit rosakkan misi balas dendam Potter

    LONDON, 4 FEB – Chelsea bangkit melawan untuk merosakkan kepulangan Graham Potter ke Stamford Bridge dan mara ke tempat keempat dalam Liga Perdana setelah menang 2-1 menentang West Ham kelmarin.

    Bos Hammers, Potter harapkan kemenangan ke atas kelab yang pernah memecatnya pada 2023 selepas hanya tujuh bulan bertugas.

    Jarrod Bowen memberikan West Ham pendahuluan pada separuh masa pertama apabila kembali beraksi selepas kakinya patah pada akhir Disember.

    Tetapi Chelsea bangkit daripada permulaan hambar untuk menyamakan kedudukan menerusi Pedro Neto selepas rehat dan gol sendiri West Ham daripada Aaron Wan-Bissaka mematahkan misi membalas dendam Potter.

    Chelsea melonjak dua mata di atas Manchester City dan Newcastle dalam perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan menerusi penamat empat teratas.

    The Hammers mendahului pada minit ke-42 apabila Kudus mengasak Levi Colwill sehingga cuai membuat hantaran ke belakang dan Bowen merebut peluangnya apabila membuat jaringan melepasi Jorgensen.

    Neto menyamakan kedudukan Chelsea pada minit ke-64 apabila Cucurella menghantar bola kembali kepada Fernandez untuk merembat namun ditepis ke arah Neto yang seterusnya merembat masuk dari dekat.

    Chelsea menyapu garam ke dalam luka West Ham daripada nasib baik 10 minit kemudian apabila Palmer meluru masuk ke dalam kawasan bahaya dan melakukan hantaran silang, bola kemudiannya terkena Wan-Bissaka dan melepasi Areola masuk ke dalam gol West Ham. – AFP

    Pedro Neto (kiri), meraikan gol pembukaan dengan Enzo Fernandez menentang West Ham United di stadium Stamford Bridge di London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda