MADRID, 28 Sept – Michy Batshuayi menjaringkan gol kemenangan yang dramatik di saat-saat akhir perlawanan ketika Chelsea menyerahkan kekalahan pertama Atletico Madrid di tempat baru mereka, Wanda Metropolitano awal pag tadi dengan kemenangan 2-1 dalam persaingan Liga Juara-Juara.
Aksi pemain gantian, Batshuayi adalah ganjaran bagi penguasaan dominan Chelsea meskipun ketinggalan menerusi sepakan penalti Antoine Griezmann lima minit sebelum berakhirnya separuh masa pertama.
Bekas pemain penyerang Real Madrid, Alvaro Morata kembali untuk menghantui Atletico dalam aksi kembalinya ke ibu negara Sepanyol itu dengan menanduk masuk hantaran lintang Eden Hazard ketika perlawanan memasuki satu jam.
Dan Batshuayi menyudahkan jaringan pada minit akhir menerusi hantaran lintang Marcos Alonso hampir tiang gol.
“Saya gembira bagi para pemain kerana mereka layak untuk beraksi dalam perlawanan seperti ini, tetapi keseluruhannya beraksi dengan penuh personaliti,” kata pengurus Chelsea, Antonio Conte.

“Anda boleh menang tetapi melakukannya hanya dengan bertahan dan melakukan serangan mengejut bukanlah kepuasan yang tepat.”
Kemenangan memastikan Chelsea mendahului di tangga teratas Kumpulan C dengan enam mata dari dua perlawanan pembukaan mereka di depan Roma, yang mencatatkan empat mata selepas kemenangan 2-1 di gelanggang luar pendatang baru Liga Juara-Juara, Qarabag, Azerbaijan.
“Kami memiliki pemain dalam pasukan yang mampu melakukan sesuatu: Alvaro, saya, Michy, Willian,” Hazard memberitahu BT Sport.
“Michy menjaringkan setiap kali dia berada di atas padang! Dia boleh menjaringkan gol setiap kali beraksi. Saya merasa gembira untuknya.”
Sebagai perbandingan, hanya kekalahan kedua di gelanggang sendiri dalam 24 perlawanan Liga Juara-Juara di bawah Diego Simeone bermakna Atletico menghadapi masalah hanya mendapatkan satu mata dari dua perlawanan pembukaan mereka. – AFP