Chelsea belasah Norwich 7-0

LONDON, 24 OKT – Chelsea menjauhkan jurang kedudukan kepada dua mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Norwich 7-0, manakala Phil Foden menyinar ketika Manchester City naik ke tangga kedua selepas kemenangan 4-1 di Brighton kelmarin.

Mason Mount menjaringkan gol hatrik untuk Chelsea di Stamford Bridge ketika juara Eropah itu mengatasi dengan mudah lawannya tanpa penyerang pilihan pertama, Romelo Lukaku dan Timo Werner.

Mount mula meledak gol pertamanya pada minit kelapan dan menamatkannya dengan dua lagi gol pada peringkat akhir perlawanan setelah Ben Gibson dilayangkan kad merah untuk pasukan pelawat.

Callum Hudson-Odoi, Reece James dan Ben Chilwell juga berjaya mencetak gol untuk pasukan Thomas Tuchel, manakala gol sendiri Max Aarons menamatkan hari yang menyedihkan untuk pasukan Norwich.

Mount tidak menjaringkan gol sejak Mei dan Tuchel mengalu-alukan kepulangannya ke prestasi menjaringkan gol tatkala Lukaku dan Werner dijangka akan terlepas beberapa perlawanan.

“Tidak kira betapa jurulatih puas hati dengan persembahan, pemain penyerang memerlukan gol untuk gembira sepenuhnya,” kata Tuchel.

Norwich sudah kelihatan ditakdirkan untuk kembali pantas Liga Kejuaraan dengan hanya dua mata dan jurang perbezaan gol yang banyak daripada sembilan perlawanan pembukaan mereka.

Di stadium Amex, juara Manchester City menggariskan keazaman mereka untuk mempertahankan kejuaraan dengan persembahan yang memberangsangkan.

Liverpool pula akan kembali merampas kedudukan City iaitu di, dalam jarak satu mata dari Chelsea, jika mereka menang menentang saingan utama, Manchester United hari ini. – AFP

Aksi pemain tengah Chelsea, Callum Hudson-Odoi membawa bola dalam perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara menentang Malmo FF di Stamford Bridge. – AFP