Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea belasah Paris FC dalam Liga Juara-Juara Wanita

    PARIS, 16 OKT – Juara England, Chelsea membelasah Paris FC 4-0 pada hari kedua perlawanan Liga Juara-Juara Wanita, kelmarin.

    Sandy Baltimore menerusi sepakan penalti bersama Johanna Rytting Kaneryd, Alyssa Thompson dan Erin Cuthbert masing-masing berjaya menjaringkan gol untuk pasukan London itu.

    Sementara itu, pemenang dua kali Ballon d’Or Wanita, Alexia Putellas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-71 untuk membantu Barcelona mengesahkan kemenangan 4-0 ke atas Roma.

    Esmee Brugts membuka jaringan pada minit kedua, diikuti oleh Kika Nazareth yang menggandakan kedudukan sebelum Putellas meletakkan namanya di papan skor, disusuli penyudah cantik Caroline Graham Hansen pada wisel penamat.

    Juara lapan kali, Lyon mencatat kemenangan 3-0 ke atas St Polten dari Austria.

    Pemain Jerman, Jule Brand dan Lily Yohannes masing-masing menjaringkan gol pertama mereka untuk kelab Perancis itu.

    Gol-gol tersebut turut disumbangkan oleh Ada Hegerberg di mana dia juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam pertandingan kelab UEFA dan kini berjaya mengumpul 67 gol dalam 77 penampilan serta dalam 12 musim berbeza dalam Liga Juara-Juara Wanita UEFA.

    Buat pertama kali musim ini, Liga Juara-Juara Wanita menampilkan 18 pasukan yang masing-masing bermain enam perlawanan menentang pencabar berbeza dalam fasa liga. Hanya empat teratas melayakkan diri ke suku akhir. – AFP

    Sandy Baltimore (kanan) semasa perlawanan bola sepak fasa liga UEFA Liga Juara-Juara Wanita di Stadium Stamford Bridge, London pada 15 Oktober. – AFP
    Juara England, Chelsea berjaya mengalahkan Paris FC 4-0 pada perlawanan hari kedua Liga Juara-Juara Wanita, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda