LONDON, 9 MEI – Chelsea merehatkan pemain-pemain utamanya namun masih berjaya mara ke peringkat akhir Liga Konferensi selepas membenam Djurgarden 1-0 dalam pertemuan pusingan kedua peringkat separuh akhir, semalam.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu mara dengan agregat 5-1 untuk menetapkan pertemuan menentang Real Betis pada 28 Mei, yang berjaya melangkah ke peringkat akhir setelah mencatat kemenangan 4-3 secara agregat pada masa tambahan menentang Fiorentina.
Di Stamford Brigde, pemain tengah, Kiernan Dewbury-Hall menyambut hantaran daripada Tyrique George sebelum menjaringkan gol kemenangan melalui kaki kiri pada minit ke-38.
“Sangat luar biasa mara ke peringkat akhir,” Dewsbury-Hall memberitahu TNT Sports. “Kami menetapkan sasaran pada permulaan musim untuk mara sejauh mungkin di kejohanan ini dan ia telah menjadi beberapa bulan yang panjang dan kini tinggal satu lagi perlawanan. Kami berharap dapat menjulang trofi.”
Chelsea kekal berada di landasan untuk menjadi kelab pertama untuk memenangi semua kejohanan utama Eropah. The Blues memenangi Liga Juara-Juara (2012, 2021), Liga Europa (2013, 2019), Piala Cup Winner’s (1971, 1998) dan Piala Super (1998, 2021).
Perlawanan akhir akan berlangsung di Wroclaw, Poland.- AFP
