Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Chelsea buat kenyataan maaf

LONDON, 24 Julai – Chelsea memohon maaf ‘kepada rakyat China’ selepas pemain pertahanan mereka dari Brazil, Kenedy, memuat naik dua video menerusi Instagram yang mengejek kuasa Asia itu yang juga salah satu pasaran terbesar kelab terbabit.

Kenedy, 21, dikenakan tindakan disiplin dan ditegur oleh juara Liga Perdana itu selepas memuat naik dua video tersebut, salah satunya mengandungi kelakuan yang tidak senonoh dan yang satu lagi mempamerkan pengawal keselamatan yang sedang tidur diiringi dengan perkataan: “Bangun China. Bodoh”.

Pos tersebut kemudian dipadam dari akaunnya.

Chelsea berkata mereka diterima dengan baik di Stadium Bird Nest di Beijing, di mana mereka mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Arsenal pada Sabtu lalu dan dikejutkan dengan pos Kenedy tersebut.

“Kelab Bola Sepak Chelsea memohon maaf kepada rakyat China bagi kekasaran pos dalam media sosial itu,” kata kenyataan kelab tersebut yang dibuat dalam bahasa Inggeris dan Cina.

Pemain Arsenal, Mohamed El Neny (tengah) melakukan terjahan ke atas Kenedy dari Chelsea dalam aksi separuh masa kedua di Beijing. Chelsea telah mengemukakan permohonan maaf selepas Kenedy mencetuskan kemarahan penyokong di China. – AP
Pemain Arsenal, Mohamed El Neny (tengah) melakukan terjahan ke atas Kenedy dari Chelsea dalam aksi separuh masa kedua di Beijing. Chelsea telah mengemukakan permohonan maaf selepas Kenedy mencetuskan kemarahan penyokong di China. – AP

“Tindakan Kenedy itu adalah salah, di mana dia akan mempelajarinya. Sikapnya tidak mewakili keseluruhan pasukan dan tidak sejajar dengan harapan tinggi kelab terhadap pemain-pemain mudanya. Dia ditegur dan dikenakan tindakan disiplin.

“Semua orang di Kelab Bola Sepak Chelsea memiliki rasa hormat dan kekaguman bagi China dan peminat-peminat China kami.

“Kerana perkara ini impak negatif kami saksikan dalam tempoh dua hari mengejutkan dan menyedihkan kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana mengecewakan peminat-peminat kami di China begitu juga kepada rakyat China.

Kenedy, yang ditandatangani Chelsea dari kelab Fluminense, Brazil pada 2015, membuat tiga kemunculan musim lalu.

Perlawanan Chelsea seterusnya dalam jelajah Asia akan membawa mereka ke Singapura, di mana mereka akan menentang Bayern Munich dan Inter Milan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -