Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea cabar The Reds

    LONDON, 28 Sept – Chelsea yang dikukuhkan oleh pemain terbaik Liga Perdana Inggeris, Eden Hazard dan permulaan tanpa kalah di bawah kendalian jurulatih baharu Maurizio Sarri, pasukan The Blues itu muncul sebagai pesaing yang mengejutkan dalam misi memburu gelaran, menjelang pertemuan bersama pendahulu liga, Liverpool, esok.

    Pada musim lalu di Stamford Bridge, Sarri diumumkan sebagai pengganti Antonio Conte sebelum musim baharu tiba, penjaga gol terbaik FIFA, Thibaut Courtois menghilangkan diri untuk memaksa perpindahannya ke Real Madrid dan Hazard turut menyatakan hasratnya untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu.

    Namun, daripada terus tercicir di belakang selepas berakhir di tangga keenam dan ketinggalan 30 mata di belakang Manchester City, musim lalu, Chelsea memintas Manchester United, Tottenham dan Arsenal untuk bersama-sama City memburu pendahulu liga, dengan jurang dua mata.

    Permulaan mudah menentang Huddersfield, Arsenal, Newcastle, Bournemouth, Cardiff dan West Ham dalam enam perlawanan Liga Perdana Inggeris telah membantu Sarri di kedudukan selesa.

    Hazard (tengah) bersama rakan yang lain meraikan kejayaannya setelah meledakkan gol kedua buat pasukan ketika bertemu Liverpool di Stadium Anfield, Liverpool pada 26 September lalu. – AP

    Namun, ujian sebenar impian kejuaraan Chelsea musim ini adalah bergantung pada keputusan setelah menentang Liverpoll esok yang cuba meneruskan rekod permulaan 100 peratus Liga Perdana.

    Sarri berulang kali menegaskan bahawa skuad kendaliannya belum layak digandingkan bersama City atau Liverpool yang berada pada musim ketiga di bawah bimbingan Pep Guardiola dan Jurgen Klopp.

    “Kami mula bekerjasama 40 hari yang lalu, jadi bagi kami ia masih terlalu awal. Kami perlu bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan dan mungkin dalam satu tahun, kami akan mempunyai tahap yang sama bersama Liverpool.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda