Chelsea capai rekod kemenangan Liga Perdana

LONDON, 1 Jan – Willian menjaringkan dua gol ketika Chelsea berjaya menyamakan rekod 13 kemenangan berturut–turut Liga Perdana dengan menewaskan Stoke 4-2, sementara Liverpool terus mengekori pasukan pendahulu selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Manchester City.

Stoke dua kali menjaringkan gol penyamaan selepas ketinggalan di Stamfrod Bridge, tetapi gol kedua menerusi Willian dan jaringan lewat Diego Costa menyaksikan Chelsea berjaya menyamakan rekod 13 kemenangan berturut-turut dalam musim yang sama dari 2001-02.

Pasukan kendalian Antonio Conte itu masih lagi melebarkan jurang kelebihan enam mata dari tangga kedua Liverpool memasuki tahun 2017.

“Tahniah kepada pemain–pemain saya. Untuk memenangi 13 perlawanan berturut-turut dalam liga ini adalah sukar,’ kata Conte. “Sekarang mereka begitu menarik dan kami berbangga, tetapi kami perlu memberikan tumpuan pada bahagian kedua musim ini. Nombor tidak begitu penting jika anda tidak memenangi gelaran.”

Di Anfield, dengan Jurgen Klopp dan bos City, Pep Guardiola buat kali pertama bertemu dalam Liga Perdana, pertemuan pengurusan yang berpengaruh adalah sukar.

Aksi Willian dan pemain Stoke City Ibrahim Afellay ketika bersaing pada perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London, semalam. – AP
Aksi Willian dan pemain Stoke City Ibrahim Afellay ketika bersaing pada perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London, semalam. – AP

City yang berada di tangga ketiga menyaksikan pemain penyerang Sergio Aguero kembali beraksi setelah menjalani penggantungan dan mereka mendominasi permainan bagi tempoh yang panjang.

Tetapi ia adalah pasukan kendalian Klopp yang memberikan kejutan apabila pemain midfield dari Belanda, Georginio Wijnaldum menanduk masuk hantaran lintang Adam Lallanan pada minit ke lapan bagi melengkapkan kemenangan keempat berturut-turut Liverpool.

Manchester United hampir saja menyaksikan kemenangan berturut–turut mereka berakhir, hanya jaringan lewat dari Anthony Martial dan Paul Pogba menjadi penyelamat kemenangan 2-1 di laman sendiri ke atas Middlesbrough.

“Para pemain saya beraksi dengan bagus. Kami berjaya melakukan sesuatu yang saya sukai-membawa peminat-peminat ke padang. Dalam tempoh 15 minit terakhir adalah 70,000 di atas padang menentang 11 pemain,” kata pengurus United, Jose Mourinho.

Chelsea mengalu-alukan kembali N’Golo Kante dan Costa dari penggantungan bagi kunjungan Stoke dan mendahului separuh masa pertama menerusi tandukan Gary Cahill setelah sepakan sudut dari Cesc Fabregas. – AFP