Monday, July 14, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea hadiah Krismas terbaik Tuchel

    LONDON, 29 JAN – Thomas Tuchel berkata dilantik sebagai pengurus Chelsea adalah ‘hadiah terbaik yang masih tersisa’ selepas dipecat oleh Paris Saint-Germain (PSG) pada hari Krismas tahun lalu.

    Pengurus dari Jerman itu memenangi dua kejuaraan Ligue 1 pada dua musim berturut-turut bersama kelab Perancis itu selain membantu mereka mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama.

    Bagaimanapun beliau dipecat bulan lalu selepas prestasi kurang konsisten di awal musim selain tidak sehaluan dengan pengarah sukan kelab, Leonardo.

    Chelsea baru-baru ini memecat Frank Lampard selepas melalui lima kekalahan daripada lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelab London itu kini berjuang untuk layak ke Liga Juara-Juara untuk musim depan.

    Perlawanan pertama di bawah bimbingan Tuchel, Chelsea seri tanpa jaringan di tempat sendiri ketika bertemu Wolves Rabu lalu.

    Tetapi dia yakin skuadnya semakin kuat dengan beberapa pemain baharu bernilai £220 juta (AS$300 juta) yang dibeli semasa jendela perpindahan musim panas masih boleh memenangi piala musim ini.

    “Saya dipecat pada Krismas lalu dan tiba-tiba empat minggu selepas itu saya menerima hadiah terbaik yang masih tersisa,” kata Tuchel. – AFP

    Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel semasa perlawanan EPL antara Chelsea dan Wolverhampton Wanderers di Stadium Stamford Bridge di London, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda