Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea kini alih fokus hadapi City

    LONDON, 29 Sept – Eden Hazard berkata bahawa Chelsea akan membawa momentum kemenangan penting mereka dalam aksi Liga Juara-Juara ke atas Atletico Madrid ke Stamford Bridge menentang pendahulu Liga Perdana, Manchester City.

    Setelah ketinggalan kepada Atletico di Madrid kelmarin, Chelsea menyamakan kedudukan menerusi gandingan Hazard dan Alvaro Morata dan kemudian meraih kemenangan 2-1 menerusi jaringan lewat pemain gantian, Michy Batshuayi.

    City berada dalam prestasi menarik sejak permulaan musim, tetapi Hazard percaya menewaskan Atletico, dua kali finalis Liga Juara-Juara dalam empat musim kebelakangan ini, membuktikan Chelsea boleh bersaing dengan sesiapa sahaja.

    “Sejak saya datang ke sini, ia adalah kali pertama kami menewaskan pasukan yang benar-benar kuat dalam Liga Juara-Juara,” Hazard memberitahu laman sesawang Chelsea.

    “Kami bermain dengan baik, dari sepak mula hingga akhir perlawanan. Itu bermakna kami adalah pasukan yang bagus, kami mempunyai pemain yang bagus.

    Reaksi para pemain Chelsea selepas menjaringkan gol kemenangan dalam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid. Hazard berharap membawa momentum kemenangan itu bagi perlawanan genting menentang Chelsea hujung minggu ini. – AP

    “Kami sangat yakin, percaya pada saya, tetapi Man City juga bermain dengan sangat baik jadi ia pastinya perlawanan yang baik. Dia pasukan hebat, dua pengurus hebat. Kita akan lihat nanti.”

    Hazard, 26, telah disenaraikan semula dalam pasukan oleh pengurus Antonio Conte selepas menjalani pembedahan buku lali dan selepas tiga penampilan sebagai pemain gantian dalam liga, dia dijangka kembali dalam kesebelasan utama menentang City.

    Bintang Belgium itu kembali cergas, dan prestasinya adalah rahmat bagi Conte, yang hanya mampu bersungut selepas pasukannya hanya diberikan masa rehat yang singkat untuk membuat persiapan bagi perlawanan Liga Perdana itu.

    Manakala pemain City mempunyai masa rehat sejak kemenangan 2-0 mereka ke atas Shakhtar Donetsk pada hari Rabu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda