Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea, Man United ‘berjuang’ enggan jauhi City

    LONDON, 3 Nov – Chelsea dan Manchester United akan bertemu hujung minggu ini dalam satu perlawanan yang menyaksikan kelab mana yang akan tewas ketika Manchester City menjadi tuan rumah kepada Arsenal untuk mendapatkan peluang bagi melanjutkan kedudukan mereka di kedudukan teratas Liga Perdana.

    Pasukan City Pep Guardiola memecahkan rekod tanpa kalah dan sudah mencatatkan kelebihan lima mata di depan pasukan United yang dibimbing Jose Mourinho selepas sembilan kemenangan dalam 10 perlawanan.

    Dalam perlawanan lain, Tottenham akan terus memburu untuk mengukuhkan kemenangan berikutan kejayaan 3-1 ke atas juara Eropah Real Madrid pada pertengahan minggu dan Liverpool pula akan berusaha untuk terus kekal mengekori pendahulu Liga Perdana di West Ham. Di sini terdapat lima perkara untuk diperhatikan dalam Liga Perdana hujung minggu ini:

    Mampukan Chelsea pulih?

    Chelsea menukar persaingan Liga Perdana musim lalu menjadi satu perarakan tetapi ia adalah cerita berbeza kali ini dengan sudah mengalami tiga kekalahan berbanding mereka hanya tewas lima perlawanan sepanjang musim lalu.

    Keadaan bagai tidak menyebelahi pasukan Conte musim ini. – AFP

    Pengurus Antonio Conte mengkritik pasukan selepas mereka tewas 3-0 di Rome minggu ini, yang berkata mereka ‘kekurangan segala-galanya’ walaupun masih lagi dilihat layak bagi peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

    Chelsea sudah ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Manchester City dan kekalahan menentang United di Stamford Bridge Ahad ini akan memastikan mereka mempunyai tugasan yang kelihatan agak mustahil.

    “Kita perlu mencari rasa dahaga yang kita pamerkan sepanjang musim lalu dan musim ini,” kata Conte. “Tetapi musim ini dalam kedudukan naik dan turun. Kita perlu mencari konsistensi.”

    Adakah Mourinho serang Chelsea?

    Taktik bos Manchester United Jose Mourinho dikritik dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 di Anfield bulan lalu, dengan pengkritik berkata dia terlepas dengan kegagalan untuk menguji pertahanan Liverpool.

    Sejak itu mereka mencatatkan beberapa kemenangan menentang Benfica dalam Liga Juara-Juara dan menewaskan Spurs 1-0 di laman sendiri dalam Liga Perdana, begitu juga tewas kepada Huddersfield.

    Mourinho berjaya menghentikan keraguan pengkritik. – AFP

    Bekas bos Chelsea itu yang berdiam diri dan memberitahu mereka merasa ragu untuk bertenang selepas pasukannya menewaskan Spurs hujung minggu lalu, tidak mungkin akan dipujuk untuk melepaskan perancangan permainannya yang pragmatik menentang Chelsea walaupun pasukan Conte itu berada dalam perlawanan tersebut dengan berbekalkan persembahan hambar menentang Roma.

    Berapa jauh Aguero boleh pergi?

    Sergi Aguero yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa Manchester City minggu ini dengan 178 gol adalah bintang yang cemerlang dalam mana-mana kelab Liga Perdana. Tetapi ia adalah langkah serangan terhadap Guardiola di mana terpaksa berkongsi bintang dengan seorang lagi penyerang tuan rumah.

    Aguero bagaimanapun berada dalam carta penjaring di kedudukan ke-12 dalam senarai Liga Perdana, berada di belakang Alan Shearer di tangga teratas dengan 260 gol.

    Tetapi ia adalah perkadaran jaringan yang menarik perhatian. Pemain dari Argentina itu yang tiba di City dari Atletico Madrid pada 2011, mencatatkan perkadaran 0.69 jaringan bagi satu perlawanan, berada di depan Shearer (0.59) dan di depan legenda Arsenal Thierry Henry (0.68).

    “Apa yang dicapainya menjadikan dia seorang legenda. Dia berada dalam sejarah, jadi saya memberitahunya untuk menikmatinya,” kata Guardiola, yang mana pasukannya menghadapi Arsenal di Etihad Ahad ini.

    Mampukah Everton bangkit?

    Everton yang tanpa sebarang pengurus akan menjadi tuan rumah kepada Watford di laman sendiri Ahad ini, dalam kedudukan merudum dan perlu mencari jalan untuk menghalang kejatuhan.

    Kelab Merseyside itu yang memiliki rekod membanggakan dalam pasukan kelompok teratas sejak 1954, mendapati diri mereka dalam zon penyingkiran dengan hanya dua kemenangan Liga Perdana.

    Everton yatim piatu dan perlu mencari jalan untuk mengelak daripada tersingkir dari Liga Perdana. – AP

    Bos sementara David Unsworth yang mengendalikan sejak Ronald Koeman dipecat, merayu bagi pengurus baru untuk diberikan masa menukar kedudukan..

    “Siapa pun mendapatkan penghormatan menjadi bos Everton termasuk saya, memerlukan masa dengan beberapa pemain,” katanya.

    Mampukan Burnley sertai ‘Big Six’?

    Liga Perdana seperti kebiasaan selepas 10 perlawanan dengan ‘Big Six’ dalam enam kedudukan teratas. Tetapi hanya berada di luar kumpulan itu adalah Burnley, yang berkongsi 16 mata dengan Liverpool.

    Burnley di bawah Sean Dyche semakin mendekati ‘Big Six’ Liga Perdana. – AP

    Rentak kelab itu di gelanggang luar telah menarik tumpuan termasuk kemenangan hari pembukaan menentang Chelsea dan seri menentang Tottenham di Wembley. Bagaimanapun, Sean Dyche yang membawa pasukannya ke Southampton Sabtu ini enggan riak.

    “Kami mendapatkan penghormatan. Pasukan boleh merasakan ia boleh melakukan apa yang diperlukan Liga Perdana tetapi masih mempunyai tugasan yang perlu dilakukan,” katanya.

    “Ia bukanlah pecutan, masih panjang lagi. Kami bermula dengan baik tetapi ia persaingan yang masih panjang.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda