Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Chelsea, Man United terikat seri

    LONDON, 29 NOV – Thomas Tuchel mengakui Chelsea berasa kecewa dengan keputusan seri 1-1 menentang Manchester United selepas kesilapan Jorginho menyebabkan Jadon Sancho meletakkan pasukan pelawat di depan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.

    Skuad bimbingan Tuchel mendominasi perlawanan tetapi ketinggalan selepas Jorginho gagal mengawal bola dengan baik yang menyaksikan Sancho memanfaatkan peluang itu untuk menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua.

    Jorginho bagaimanapun menebus kesilapan itu apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Aaron Wan-Bissaka mengasari Thiago Silva.

    Ia sekurang-kurangnya menyelamatkan Chelsea selepas kerap mengasak kubu United dengan penjaga gol United, David de Gea cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya.

    Chelsea yang tidak tewas sepanjang 11 perlawanan terakhir mereka di semua pertandingan, kekal menduduki tangga teratas Liga Perdana tetapi kini hanya mempunyai kelebihan satu gol berbanding Manchester City yang menewaskan West Ham dalam perlawanan sebelumnya.

    “Saya gembira dengan prestasi setiap pemain. Kami mendominasi perlawanan sejak minit pertama. Kami sangat agresif dan tidak pernah berhenti untuk menyerang.

    “Malangnya kami menjaringkan dua gol, satu untuk setiap pasukan.

    “United bertahan dengan baik. Kami harus menerima keputusan ini. Kami kecewa kerana berasa mampu meraih keputusan lebih baik dan ia boleh berlaku dalam bola sepak,” kata Tuchel.

    United kini menduduki tangga kelapan dan ketinggalan 12 mata di belakang Chelsea namun keputusan itu sedikit sebanyak memulihkan semangat mereka selepas melalui tempoh yang sukar. – AFP

    Aksi Jorginho meraikan jaringan gol pertama Chelsea semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Manchester United di stadium Stamford Bridge di London pada 28 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUN - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -